Sabtu, 20 Februari 2016

Meninggal Ketika Baca al-Quran Dengan Mulut Berbuih.

  Berita Premium       Sabtu, 20 Februari 2016
Shah Alam: Kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Sarudin Karim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, di surau Balai Berita Shah Alam, di sini, malam tadi.

Difahamkan, Sharudin, 48, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu dikatakan rebah secara tiba-tiba pada 8.40 malam.

Ketika kejadian, arwah bersama rakan sekerjanya, Penolong Ketua Juruteknik, Jamaluddin Shareii sedang membaca al-Quran di surau berkenaan.

Jamaluddin berkata, dia cuba membantu arwah namun tidak berjaya sebelum memanggil rakan sekerjanya yang lain.

"Sebelum itu, arwah sempat memicit dahinya dan kemudian rebah dengan mulutnya berbuih.
"Rakan sekerja yang lain menghubungi ambulans dan petugas kesihatan mengesahkan arwah sudah meninggal dunia pada 9.20 malam.

Sarudin sudah 20 tahun berkhidmat di NSTP dan meninggalkan seorang balu dan tiga anak lelaki.
logoblog

Thanks for reading Meninggal Ketika Baca al-Quran Dengan Mulut Berbuih.

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan