Mawar Rashid Tundukkan Seorang Playboy Terkenal?

Model dan pelakon, Mawar Rashid, 21, nama yang semakin berkembang dalam arena seni hiburan sejak penglibatannya dalam Dewi Remaja kini bergelar seorang pelakon.

Nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid kini sedang menjalani penggambaran drama ketiganya iaitu Tundukkan Playboy Itu menerusi saluran Slot Akasia TV3 Februari ini.

"Sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran drama terbaru untuk TV3 yang bertajuk Tundukkan Playboy Itu.

"Drama tersebut akan bersiaran di saluran TV3 bermula 17 Februari ini," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Mawar yang baru sahaja menapak dalam arena seni hiburan ini menyimpan hasrat untuk berlakon di luar negara seperti pelakon-pelakon lain.



"Walaupun saya baru lagi dan baru berlakon drama ketiga, tapi tak salah rasanya saya menyimpan impian untuk berlakon di luar negara seperti artis lain. Paling jauh berlakon setakat ini Langkawi sahaja," jelasnya sambil berseloroh.

Menurut Mawar, dia mahu meningkatkan mutu lakonannya dengan memasuki kelas-kelas lakonan, ini kerana dia masih mentah dalam cabang ini.

"Saya akui masih baru dalam lakonan walaupun ada bakat, namun ada bakat saja tidak mencukupi jika tidak ada teknik-teknik berlakon yang baik. Berlakon semua orang mampu tapi teknik lakonan yang mendalam mungkin tidak," jelasnya.

Menarik lagi apabila remaja cantik ini turut berkongsi perihal perniagaannya iaitu menjual kanta lekap secara online.

Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah berlakon dalam drama komedi dan drama 2000KM Ke Al-Haram serta pernah menjadi pengacara majlis bersama Elfira Loy sebelum bergelar artis.

0 comment... add one now