Lagu Pencuri Hati Aida Jebat Ciplak Lagu N.S. Yoong

Sejak membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’, nama Ayda Jebat meniti di bibir para peminatnya. Ayda yang pernah menyertai program Akademi Fantasia sebelum ini menggunakan populariti yang diraih dalam dunia lakonan untuk menceburi bidang nyanyian.
Sebelum ini Ayda pernah muncul dengan single ‘Siapa Diriku’ yang melodi serta video muziknya dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Meghan Trainor.

Cakap-cakap yang berlegar di Internet sekarang ini single terbaru Ayda yang menjadi lagu tema ‘Isteri vs. Tunang’ iaitu ‘Pencuri Hati mempunyai persamaan dengan lagu Korea dendangan N.S. Yoong, Talk Talk Talk.

0 comment... add one now