Ahad, 28 Februari 2016

Kerajaan Bukan Diktaktor - Najib

PETALING JAYA: Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen dan bukannya diktator.

Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata demikian ketika menjawab komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat bahawa Malaysia sedang menuju ke arah pemerintahan diktator seperti Korea Utara selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses  portal berita dalam talian The Malaysian Insider.

Najib menegaskan bahawa Malaysia bukannya kerajaan autoritarian.

"Kita bukan  pemerintahan diktator atau kerajaan autoritarian. Kita mengamalkan demokrasi berparlimen dan amat mementingkannya.

"Orang kata kerajaan akan jatuh, tetapi mereka salah," katanya ketika hadir pada perhimpunan di Kampung Muhibbah pada Sabtu.

Najib menegaskan adalah penting bagi Malaysia untuk menjadi stabil dari segi politik malah BN akan pastikannya.

Tambahnya, penilaian kredit yang tinggi dari badan kewangan antarabangsa sejak beberapa tahun ini menunjukkan bahawa beliau telah menguruskan ekonomi dan mentadbir negara dengan baik.

"Baru-baru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi sijil positif bagi pengurusan ekonomi negara dan Fitch juga memberikan kita A- .

"Kami mendapat kelulusan positif dari agensi penilaian antarabangsa, jadi jika ada orang kata kita tidak mentadbir negara dengan baik, pastinya di belakang mereka mempunyai motif politik dan tidak bermaksud baik.

"Malah, bajet negara dan lain-lain cadangan undang-undang telah diluluskan di Parlimen dengan undi majoriti," kata Najib, sambil menambah perkara itu menggambarkan sebuah demokrasi.

Tiada ulasan:
Write ulasan