Kenapa Tudung Bawal Exclusive Mahal? Ini Jawapan Mereka

Semenjak dua menjak ini, viral gambar-gambar tudung bawal eksklusif yang dijual dengan harga ribu riban oleh Bawal Exclusive di media sosial. Mana tidaknya, harga jualan sehelai bawal eksklusif saja mencecah hampir RM4,000!

Penetapan harga yang mahal itu mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mengatakan tudung tersebut kalis api neraka dan sebagainya.

Bagaimanapun, pihak Bawal Exclusive tampil membuat penjelasan melalui laman Facebook rasmi mereka.

"Kenapa tudung Bawal Exclusive mahal? Ini kerana semua bahannya diimport. Manakala buatan dan ciptaannya pula adalah hasil dari anak tempatan.

"Kain Japan Voile, batu kristal Swarovski, pada mereka yang kenal barangan Swarovski, harga yang kami tawarkan sememangnya berbaloi. Kami cuma menyediakan pilihan dari harga serendah RM45,60 hingga cecah ribuan ringgit. Bergantung kepada jumlah kristal yang kami gunakan," kata kenyataan itu.

ambahnya, Bawal Exclusive telah beroperasi selama 19 tahun, namun belum pernah memaksa sesiapa pun untuk membeli produk mereka.

"Sepanjang 19 tahun perniagaan, belum pernah paksa sesiapa beli produk kami. Malah, jika terbeli dan tidak berpuas hati dengan produk kami, wang akan dipulangkan 100%," katanya.

Justeru, pihak Bawal Exclusive menyarankan mana-mana individu yang tidak pernah menggunakan tudung jenama Bawal Exclusive, boleh cuba beli tudung bawal dengan harga serendah RM45.60.

"Apabila mereka pakai, basuh dan pakai lagi, baru mereka akan tahu kenapa tudung Bawal Exclusive ini mahal harganya. Pendek kata, pakai dulu baru tahu," katanya. - PIXEL MEDIA

0 comment... add one now