Ahad, 14 Februari 2016

Kejam, Anjing Dirantai Dalam Longkang

11 Februari, 6.30 petang, baru pulang dari tempat kerja. Ternampak ibubapa saya, kakak dan abang ipar berkumpul di tepi longkang. Ternampak seekor anjing ini tersangkut di dalam longkang.

Kalau korang nampak, anjing itu dah kena rantai dengan pemberat yang boleh dikatakan manusia yang melakukan perkara itu sememangnya mahu anjing itu mati.

Kakak saya menghubungi pihak berkuasa dan panggilan itu pula disambungkan kepada beberapa pegawai. Bila disambungkan kepada pegawai yang kelima, dia berkata, "Saya hanya tebang pokok sahaja,".

"Okay fine!"

Akhirnya saya menghubungi kawan Facebook, yang saya pernah bertemu dengannya ketika lawatan sekolah ke Mulu pada tahun 2008. Kawan saya ini adalah seorang perempuan dan saya berharap dia dapat membantu saya memandangkan pihak berkuasa semuanya teragak-agak untuk menghulurkan bantuan serta memberikan alasan, "Nak samak itu yang susah,". Sedangkan sahabat saya yang berstatuskan 'Puan' ini relaks sahaja.

Dalam 10 minit kemudian, dia sampai.

Jam 7.30 malam, anjing malang ini berjaya diselamatkan dengan bantuan dari pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebelum ini saya hanya melihat sahabat saya itu melakukan kerja-kerja menyelamatkan haiwan di Facebook, hari ini saya melihatnya melakukan perkara itu di depan mata sendiri. Ianya mengkagumkan dan apa yang dia lakukan itu diluar jangkaan.

Saya bersyukur juga dapat mengenali beliau. Sekurang-kurangnya nasib anjing itu terbela. Kalau minta bantuan Bomba sahaja, anjing itu hanya setakat dilepaskan sahaja. Mati atau hidup anjing itu, tiada siapa yang tahu.

Seperkara lagi yang saya perhatikan, bila saya pergi ke 99 Speedmart untuk membeli makanan anjing, reaksi juruwang itu memandang saya seperti saya membeli dadah. Seorang ustaz pula memandang saya dari jauh dan menggelengkan kepalanya. Budak-budak pula tanya soalan macam-macam.

"Kalau mereka ceritakan pada ibubapa mereka, mesti ibubapanya bercakap tentang yang buruk-buruk. Malas nak terangkanlah tu.

Semoga Rahim tak kesejukkan malam ini. Kasihan dia. Terketar-ketar kesejukkan. - Aarif N. Azmi |

Tiada ulasan:
Write ulasan