Sabtu, 20 Februari 2016

JoHaRa Pagi ERA Tak Kisah Dicop Syok Sendiri dan Lawak Bangang

Pagi-pagi ketika menghantar anak ke sekolah Abang Nara memang suka mendengar JoHaRa Pagi ERA. Secara jujur, memang dah kurang lawak sikit tetapi tetap menghiburkan. Bolehlah buat ketawa di pagi hari dan ceriakan diri untuk hari yang bakal tiba. Kadangkala Abang Nara juga mendengar gandingan Sepahtu di Sinar FM. Boleh tahan juga celoteh mereka bertiga.
johara pagi era
Bukan mudah sebenarnya untuk membuat lawak setiap hari. Biasalah ada hari menjadi, ada hari kurang menjadi. Namun baru-baru ini, laman Facebook popular, Amran Fans telah meluahkan isi hatinya dengan mengeluarkan kenyataan yang cukup menikam jiwa. JoHaRa Pagi Era dilabel sebagai ‘bangang’  dan ‘sendiri buat lawak, sendiri gelak’. Senang cerita, JoHaRa syok sendiri.

johara pagi era

Rata-rata ada yang bersetuju dan ada yang mencadangkan agar Amran Fans menukar saluran radio jika tidak mahu mendengar celoteh JoHaRa. Namun bagi Johan, Hanif dan Ray, tohmahan sebegini tidak melemahkan semangat mereka. Malah mereka bersetuju bahawa mereka ‘syok sendiri’. Kata Johan:-
Ia bukan satu tugas yang mudah meski orang mungkin beranggapan begitu. Saya akui, ada segelintir yang anggap kami ni syok sendiri ketika berada di konti. Bagi saya, memang kami kena syok sendiri sebab kalau kami tak buat begitu, macam mana pendengar pun nak syok untuk dengar kami?
Kalau mereka suka, kami juga suka dan anggap ia adalah respon yang positif untuk kerja kami. Untuk kami kegembiraan dan keceriaan itu perlu ada pada kami dulu baru kita mengajak orang untuk bersama-sama kita sertai ‘kegilaan’ itu. Biar kami syok dulu, sebelum orang lain syok.

Biasalah bila dah popular, macam-macam kata-kata nista akan diterima. Jangan layan sangat kata-kata orang lain. Mungkin hanya segelintir yang tak sukakan kita. Kalau lebih separuh enjoy dengan apa yang kita lakukan, itu dah cukup baik. Mungkin Amran Fans boleh cuba buat rancangan pagi mereka sendiri. Nak tengok juga lawak syok sendiri ke tak. Tak gitu? Sumber Astro Gempak.

Tiada ulasan:
Write ulasan