“Jangan Ganggu Suami Orang!”- Luahan Seorang Perempuan Yang Dikhianati & Terpaksa Bermadu

Dimadukan bukan lah satu pengalaman manis seperti madu lebah. Tambah pulak kalau dimadukan tanpa pengetahuan/persetujuan kita. Dah bertahun kita dimadukan, baru terkantoi. Ohhhhhh! Itu memang menyakitkan.

Kalau kisah aku, 2 tahun selepas aku kawin, aku dpt tau aku dah dimadukan 6bulan. Itu pun lepas kantoi msg/call/dll. Dugaan utk aku, di usia aku terlalu muda ketika tu 24 tahun, dan usia perkawinan 2 tahun, anak 2 orang, aku dah dimadukan.

Nak kata aku mandul@susah beranak@belom ade anak, xjugak sbb anak aku nk masuk 2 orang dah masa tu. Nak kata aku xde masa ngn family, aku suri rumah.

Aku berkali-kali tanya kenapa dia buat aku macamni. Dia pon xde jawapan. Jadi smpai sekarang aku xtau knapa aku dimadukan disaat aku mengandung anak kedua dan diusia 2 tahun perkawinan aku.

Kalau boleh diputar masa..

Mereka sama tempat kerja. Sebenarnya, Sebelum aku kawin dah banyak kali dorang kantoi, tp aku bodoh xdapat menilai semua tu. Kalau boleh nknputar balik masa. Tp apakan daya……
Sgt susah utk aku terima kenyataan. Sbb xde perempuan yg nak hidup dia jd macamni. Aku igt dlm drama je mcmni. Rupa nya jd jgk drama ni dlm hidup aku. Aku rasa dunia ni gelap sangat.
Aku xtau nk mengadu kt siapa. Hanya mampu luahkan kat Allah. Tp hati manusia kan. Mesti ada je benda yg xkena. Aku dah tawar hati tp demi anak2 yg masih kecil, camana aku nk hidup sebagai ibu tunggal dan x bekerja?

Jadi wanita diluar sana…


Jadi wanita diluar sana, sebelum ambil keputusan utk berumahtangga, jangan lah diganggu masjid yg dah dibina. Jangan ganggu suami org. Kalau tepuk sebelah tgn, xkan berbunyi. Merana hati tu nanti. Kalau iman penuh didada, inshaaAllah anda boleh kontrol. Kalau iman suam2 kuku, baik cegah dr awal. Jauhilah suami orang.
Kalau betul jodoh anda dgn suami org, maka ikut la prosedur dan jalan yg betol. Bukan lari dgn suami org dan nikah di siam.
Sebelum ambil keputusan utk berumahtangga, pikir sedalam-dalamnya, betul ke dah bersedia nk jd seorang isteri dan jugak seorang mak.
Sebelum ambil keputusan utk berumahtangga, cariklah lelaki yg ikhlas syg kn anda. Biar hati dan perasaan kita xde syg kat dia. Sbb hati kita, kita blh pupuk. Hati org lain kita xboleh paksa.
Kesimpulan nya, aku insan yg lemah. Yg xmampu hadapi kehidupan poligami. Mungkin perlu dicari lg kemanisan madu itu. Tapi….. Ia nya bukan mudah utk diterima setelah diperlakukan sebegitu.
Untuk perempuan itu, ingat lah. Kehidupan atas kesengsaraan orang lain xkan bertahan lama. Allah itu Maha Adil.
Untuk anak2 ku, ummi akan sentiasa menyayangi kalian. Kalian lah harta hingga akhirat yg umi ada. Kita akn sentiasa bersama hingga syurga. InshaaAllah.
Perempuan dikhianati
Sumber: Bintang Hati

0 comment... add one now