Jumaat, 26 Februari 2016

Isteri Terkena Ilmu Guna² Sejak Balik Dari Palembang

steri saya sudah terkena ilmu guna-guna dari orang Palembang. Sekarang, isteri saya sedang memasukkan duit beribu-ribu pada lelaki Palembang itu. 

Saya nak minta tolong tuan viralkan, bimbang jika orang-orang kita yang ke sana pula terkena. 
Kepada rakyat Malaysia yang selalu pergi ke Palembang terutamanya perempuan atau isteri yang pergi ke sana secara bersendirian, saya telah dimaklumkan yang ramai wanita Malaysia telah dikenakan dengan ilmu guna-guna oleh seorang pekerja Hotel Fave Palembang. Sehingga mereka sanggup memasukkan duit ke dalam akaun lelaki terbabit. 

Isteri saya baru sebulan balik dari Palembang. Balik-balik ke sini, dia memang sudah terkena. Hampir setiap minggu isteri saya masukkan duit ke akaun lelaki ini. Beribu-ribu duit simpanannya telah habis. 

Hidup kami sekeluarga sekarang tunggang langgang. Tak tahu nak buat macam mana lagi. - Pengadu

Tiada ulasan:
Write ulasan