Sabtu, 6 Februari 2016

Harry Styles Keluar Dari One Direction



LOS ANGELES: Jika sebelum ini One Direction (1D) mengumumkan cuti dua tahun untuk fokus kepada kerjaya solo, terbaharu, Harry Styles pula membuat kejutan dengan keluar daripada syarikat pengurusan yang menjaga kumpulan itu sejak lima tahun lalu.

Begitupun, Modest Management melepaskan penyanyi berusia 22 tahun itu kepada perusahaan CAA yang dimiliki anak penggiat industri hiburan popular Irving Azoff, Jeffrey, tanpa sebarang syarat.

Sekali gus, tindakan Styles berhijrah ke syarikat lain demi memantapkan kerjaya solo mengukuhkan lagi desas-desus mengenai perpecahan kumpulan yang direalisasikan daripada rancangan realiti, The X-Factor itu.

Menyemak latar belakang Irving, beliau ialah nama besar di sebalik rakaman Christina Aguilera, Joe Walsh, Maroon 5, No Doubt, Jon Bon Jovi dan Chelsea Handler selain pernah pernah berada dalam senarai individu paling berpengaruh di bidang muzik versi Billboard.

Pasukan baharu Styles seakan sudah bersedia menyokong kerjaya solonya andai anggota paling muda dalam 1D itu nekad muncul sendirian, sekali gus meninggalkan Niall Horan, Liam Payne dan Louis
Tomlinson.

Sumber terdekat menyatakan, semua anggota kumpulan berpendapatan tinggi dari United Kingdom itu juga sudah sepakat bergerak solo secara tetap, tetapi menjadikan alasan hanya menjadikannya sebagai projek khas untuk mengelakkan peminat terkejut.

Tiada ulasan:
Write ulasan