Ahad, 14 Februari 2016

Gerai Jual Roti Sosej Berbentuk Lucah Diarah Henti Operasi

Melaka, 14 Feb: Sebuah gerai di Jonker Walk di sini yang menjual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki diarah menghentikan operasi penjualan bermula hari ini.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) apabila penjualan roti tersebut mula mendapat perhatian ramai sejak ia dimuat naik di laman sosial.

Difahamkan gerai tersebut mula beroperasi sejak 8 Februari lalu.

Menurut Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin, notis sudah dikeluarkan kepada pemilik kedai berkenaan semalam untuk menghentikan operasi.

"Notis sudah diberikan kepada pemilik dan jika dia ingkar dan masih menjual roti berkenaan tindakan tegas dan kompaun akan dikenakan.

"Ini kes pertama dilaporkan di negeri ini dan saya mengingatkan agar perniaga lain tidak melakukan tindakan sama kerana negara kita mempunyai undang-undang," katanya. -

Tiada ulasan:
Write ulasan