Rabu, 3 Februari 2016

Dr Vida Akan Bina Hotel PQPTRW Berharga RM 280 Juta! Fuh, Hotel 6 Bintang Tu! Terbaiikkk!

Satu demi satu kejayaan yang kita dicipta oleh pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman walaupun beliau juga dihambat dengan pelbagai kontroversi.
Menerusi laporan Berita Harian, hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi kemudahan sukan dan riadah akan dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV. Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bernilai RM280 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Beliau berkata, Hotel PQPTRW 19 tingkat yang akan dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV itu mampu memberi wajah baharu untuk Kelantan.
“Bahagian bawah hotel berkenaan akan dijadikan kompleks sukan yang menyediakan tempat permainan boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan lain-lain lagi.
“Jadi, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak mereka perlu hadir perlawanan di Kelantan kerana kemudahan tempat tinggal sudah tersedia.
“Selain itu, hotel itu juga menyediakan kafe sebagai ruang untuk peminat bola sepak menyaksikan perlawanan secara siaran langsung. Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan beramai-ramai walaupun tidak sempat ke stadium.
“Taman tema juga dibina di sekitar hotel berkenaan bagi membolehkan seisi keluarga beriadah di lokasi terbabit. Apa yang saya usahakan ini adalah untuk membangunkan lagi skuad PQPTRW sehingga mendapat tempat di pentas antarabangsa.
“Jika saya sudah meletakkan sesuatu sebagai impian dan misi, saya akan berusaha merealisasikannya, ia bukan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga.”
“Sebaik saja projek itu mendapat kelulusan kerajaan negeri, pembinaannya akan dijalankan secepat mungkin memandangkan pelan sudah disiapkan.
Selain kompleks sukan dan kafe, saya juga mahu gabungkan sebuah masjid dengan hotel berkenaan supaya usaha saya ini mendapat keberkatan. Ia juga boleh memberi kemudahan kepada pengunjung dan penyokong untuk menunaikan solat sebelum menyaksikan perlawanan.”
Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:
Write ulasan