Khamis, 4 Februari 2016

Dari Ratu Cantik, Kini Bertukar Jadi Lelaki

Pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik namun ia langsung tidak memberikan sebarang makna kepada Ashton Colby, 23, dari Columbus Ohio.

Malah kecantikan wajah dan bentuk badan yang menarik juga tidak mampu `memikat’ hatinya untuk terus menjadi seorang wanita sebaliknya dia memutuskan untuk menjadi lelaki.

Ashton, yang suatu masa lalu menjadi pujaan ramai lelaki, kini hidup sebagai lelaki bersama teman wanitanya.

Dia menyertai pertandingan ratu cantik sejak berusia 17 tahun dan pertandingan terakhir yang disertainya adalah Miss Ohio, iaitu pertandingan yang mampu membawanya hingga ke peringkat Miss Amerika.

“Hati saya melonjak-lonjak untuk menjadi lelaki dan apabila saya menukar jantina, orang ramai masih tidak faham kenapa saya mahu menjadi lelaki sedangkan saya seorang gadis yang cantik.

“Menjadi gadis cantik bukanlah sesuatu yang saya impikan sebaliknya saya lebih gembira sebagai lelaki, malah saya langsung tidak rindukan suasana berpakaian cantik dan solekan,’’ katanya yang enggan mendedahkan identiti sebenar.

Menurut Ashton, selepas pertandingan Miss Ohio, dia mula menonton YouTube mengenai gadis sebayanya yang menukar jantina dan selepas itu, barulah dia mempunyai keyakinan untuk menerima diri sendiri.

Pada Februari 2012, Ashton mula menjalani kehidupan sebagai lelaki menyebabkan rakan-rakan dan keluarganya terkejut.

Mereka juga tidak memahami kenapa dia mahu meninggalkan kehidupan sebagai seorang wanita yang cantik.

Namun Ashton tidak peduli dengan pandangan orang lain dan kini dia menumpukan kepada usaha membesarkan otot-otot untuk kelihatan sasa.

Tiada ulasan:
Write ulasan