Sabtu, 20 Februari 2016

Darah Pada Mata, Doktor Suruh Aku Google Sendiri

Dear Adik manis yang manja,

Hihihihi...
Adik manja...mata merah tu adalah subconjunctival hemorrhage dik.
Ia berlaku sebab ada salur darah kecik kat mata yg pecah.
Macam mana ia boleh berlaku memang biasanya kita tak tahu. Tapi dipercayai jika batuk, bersin dengan kuat mungkin boleh memecahkan saluran darah tu.

Tapi ia tak bahaya dik. Orang takkan jadi buta dan biasanya hilang sendiri dalam 1-2 minggu. Nampak menggerunkan tapi sebenarnya tak bahaya sebenarnya.

Adik marah sebab doktor tak suluh lampu pada mata dan tak check sungguh2 sambil pegang muka. Doktor tak buat mcm tu sebab sakit ni adalah spot diagnosis. Bermaksud kalau tgk dari jarak 10 meter pun dah boleh diagnose. Dia tak susah mcm kita tgk sotong...jantan ke tino ni? Ia adalah clear cut. Tak perlu pegang2 muka, tambahan pulak adik tu lawa. Nanti tak pasal2 kena tuduhan ambik kesempatan pulak. Siapa yg susah? Kami jugakkkk.

Adik kata doktor tak ambil serius sakit adik tu. Adik...sakit mcm ni, memang kami tak rujuk pada pakar mata dik. Sebab simple sangat dan kalau kena yg dirujuk tu doktor garang, mmg kami kena bambu. Tapi doktor adik tu bersusah demi adik dan call doktor pakar mata demi melayan kerisauan adik dan seperti dijangka mmg kita tak buat apa2. Demi adik, doktor tu gadai maruah pi discuss kes kacang macam ni dik. Adik tak hargai ka?

Lepas tu marah bila doktor suruh google tentang penyakit tu. Hihihi.

Ok lah...Lain kali dik...kalau ada soalan atau tak faham, inbox saja doktor2 kacak macam Doc Aznil Hisham dik. Beliau sedia membantu. Abang ni dah berpunya...

Awat la dua tiga hari ni orang Johor buat hal? HSI, HSA, cai Muar seekor and skrg Hosp Besar Enche Kalsom plak. Hahaha.

Love,

#tall_dark_handsome_ohsem_beardy_doc

Tiada ulasan:
Write ulasan