Isnin, 15 Februari 2016

“Bila Bising, Saya Dikatakan Bersikap Besar Kepala” - Nabil Ahmad

Ketika ini, Nabil Ahmad dilihat semakin selesa dengan bidang pengacaraan berbanding lakonan namun dalam masa yang sama dia turut dikejar kontroversi apabila dikatakan berlagak hebat kerana menolak beberapa tawaran berlakon. Bagaimanapun Nabil menafikan perkara tersebut.


“Saya banyak menolak tawaran berlakon bukan kerana sudah cukup hebat, sebaliknya saya lihat sesetengahnya mengambil mudah mengenai masa. Saya selalu terkena, mereka mengejar saya bagai nak gil, takut saya tiba lewat di lokasi penggambaran”

“Bagaimanapun, apabila tiba, apapun tidak siap dan harus menunggu berjam-jam lagi. Apabila bising, saya dikatakan bersikap besar kepala. Saya bukannya dibayar berjuta-juta seperti artis Hollywood dan mereka bukan sahaja membayar artis tetapi masa sekali”

“Jadi mereka tidak kisah bekerja 24 jam sekalipun,” jelasnya dipetik berkata kepada BH Online. Tambahnya apa yang diluahkannya itu hanyalah merujuk kepada sesetangah produksi tanah air sahaja.

Mengakui serik dengan perkara berkenaan, Nabil menjadikan ia sebagai satu pengajaran kepadanya. Semoga Nabil sentiasa menyinar dalam industri seni tanah air.

Tiada ulasan:
Write ulasan