Sabtu, 20 Februari 2016

BAYI KEMBAR, HADIAH ISTIMEWA EINA AZMAN KEPADA SUAMI

Tahniah diucapkan kepada pelakon Eina Azman yang baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya sebentar tadi.

Lebih istimewa lagi, Eina yang juga merupakan isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu telah melahirkan bayi kembar.
Bayi Kembar Hadiah Istimewa Eina Azman Kepada Suami
Berita gembira itu disahkan sendiri oleh suami Eina menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik satu foto beserta kapsyen sweet kepada isterinya.

“Today my journey as a husband turn to a father. The greatest gift, the love of my life gave me is the birth of our new born new twins. Im glad to say my wife is safe and my 2 babies are healthy. Thank you everyone for your prayers and your wishes. @eina_azman #datopadukakaiser #eina_azman #einaazman #blessed #lovemyfamily #iamadadoftwins #iamadad,” tulisnya.

Bagaimanapun, suaminya tidak pula menyatakan jantina bayi kesayangan mereka itu.

Foto  tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut instagramnya dan rata-ratanya mendoakan kesihatan Eina serta tidak sabar untuk melihat wajah kembar tersebut.

Tiada ulasan:
Write ulasan