Isnin, 8 Februari 2016

Bapa Fazley Yaakob Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bapa kepada penyanyi Datuk Fazley iaitu Datuk Yaakob Mohammad meninggal dunia pada pagi Isnin.

Berita tersebut diumumkan oleh Fazley menerusi akaun Instagram miliknya.

"Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini.

"Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau," katanya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kiara kira-kira pukul 10 pagi.

Tiada ulasan:
Write ulasan