Selasa, 9 Februari 2016

BAJET RM 4200, Lelaki Ini Berjaya Travel di 7 Buah Negara Eropah. Ini Tipsnya (25 Gambar)

BAJET TRAVEL : RM 4200
KL-HO CHI MINH-PARIS-BRUSSEL-AMSTERDAM-LONDON-KOLN-BERLIN-PARIS-HANOI-KL

[Part 1]

Assalamualaikum, saya dan rakan saya Ahmad Fahmi ingin berkongsi sedikit pengalaman kami berbackpack ke eropah dengan harga yang SANGAT BAJET, setelah setahun mengumpul & pelajari Ilmu2 travel dari group Backpackers Buddies Malaysia ,dari Khairul Abdullah dan bapa saya sendiri. Negara2 yang kami p iaitu France,Belgium,Netherlands,England & German. Total kos keseluruhan yang kami guna sebanyak RM4200(seorang). MURAH KAN?? termasuk flight,penginapan,pengangkutan,souvenirs,duit mkan dll. Tapi fahmi pnya bajet rm3800,sya mahal skit sbb bli baju dll. *Semua harga yang saya tulis untuk seorang.

-Tiket Flight Promo (Vietnam Airlines) = RM 1,800

- Penginapan AirBnb
+ Brussel,Belgium 3Hari2Malam = RM124
+ Amsterdam,Netherland 4Hari3Malam = RM 180
+ Berlin,German 3Hari2Malam =RM105
-Penginapan Astor Hostel
+ London,England 2Hari1Malam = RM150

- Pengangkutan Megabus.
+ Paris ke Brussel = RM 20
+ Brussel ke Amsterdam = RM 20
+ Amsterdam ke London = Rm 80
+ London ke Koln = RM 50
+ Koln ke Berlin = Rm 25
- Pengangkutan EasyJET
+ Berlin ke Paris = RM 200

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

TIPS & INFO

- Kena apply visa x kalau nak pergi europe? TIDAK PERLU, sebab kita memasuki Schengen Area adalah kawasan yang terdiri daripada 26 negara2 Eropah yang telah dimansuhkan passport dan apa2 jenis kawalan sempadan di sempadan bersama mereka , juga dirujuk sebagai sempadan dalaman. Ia kebanyakannya berfungsi sebagai sebuah negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa. Google la noh negara apa yang xkena visa.

-Pasai Luggage easyjet ni, tiket harga 15Euro mmg tambang dia murah, sebab dia hanya sediakan untuk luggage nak ke cabin ja. Kiranya kalau ada beg utk simpan ada cas yg dikenakan. Kalau mmg jenis bawak beg kecik ok sangat. Kalau beg tu besaq better booked utk luggage wktu nk beli tiket online tu. sbb harga dia murah lagi. Utk satu luggage sekitar €15 kalau book wktu kita booking tiket. Kalau nak tau beg lepas ke tak lepas dia akan sediakan satu kotak utk letak beg. Kalau beg tu muat dalam ruang tu xperlu beli extra luggage,kalau xlepas dari kotak tu akan dikenakan cas extra. Cas sekitar €50 (tak digalakkan utk berani mati punya style) mmbazir sangat. So, saiz beg yg semaksima yg boleh digunakan ialah Maximum size 56 x 45 x 25cm better isi barang siap2 dlm beg dan try ukur saiz beg tu. kalau lepas. Bersyukurlah. Kalau tak, beli extra luggage siap2, anggaran size beg tu 50L tp tu mmg cun2 kaw pnya lahh, nak selamat beli yang kecik skit.

-Pengangkutan dari Negara ke Negara kami naik Bas sahaja. Apabila kami nak ke town ke landmark ke homestay naik public transport ja,selain tu jalan kaki.Bila dah smpai ke sesuatu tempat first cari maps train dlu supaya perjalanan hangpa smua mudah, sya cadangkan naik train ja bila p europe ni tapi kalau ada duit lebih skit sewa kereta ja la.

- Pasai makanan, demi menjimat duit, pagi dan malam kami makan maggi saja, tengah hari special skit makan di kedai, kedai2 halal kebanyakkannya kedai kebab yang kami jumpa harganya pun xlah begitu mahai. Rata2 harga dia 4-5 Euro kami guna kalau convert ringgit malaysia dalam RM 16 (klu kat Malaysia mahai la jgak,tpi klu kira duit depa tu la yg pling murah), makan skali dh kenyang sbb kuantiti isi yang banyak. Kat London mungkin mahai sikit sebab rata2 harganya 6-7 Pound diconvert duit malaysia RM 36 (mahai betuii) sbb tu di London kami stay 2 hari 1 Malam ja. Dalam sehari tu ada la kami guna 4-5 Euro, kalau rajin nk save duit p la supermarket sna gila murah bakhang segala makanan,coklat,susu,roti dll yang renyahnya nak kena tgk label halal ka x,jgn expect ada logo jakim plak,kena bkak la apa nama kod2 halal & haram dlam Internet tu.

- Safety tips, saya bawa 3 beg dompet, 1 dompet emergency, 1 dompet refill, 1 lagi dompet kegunaan.

+ Dompet kegunaan ni lah yang sya bawa pergi berjalan,untuk kegunaan harian selalunya ada dlam 10-15 euro mcmtu ja.Kalau hilang byak tu ja yg hilang xperlu takut sebab ada 2 lgi dompet yang sya akan terangkan di bawah.

+ Dompet Refill ni sya buat untuk topup duit, diantara ketiga2 dompet sya rasa dompet ni lah paling byak duit sebab kita akan topup ke dompet kegunaan kan? jadi dompet ni kena jaga elok2 lah dan kalau boleh elakkan guna dompet emergency biar abis kering pon xpa dompet ni,klu betul2 terdesak bru keluarkan dompet emergency ni.

+ Dompet emergency ni dompet yg kita guna di malaysia seperti ic,lesen,duit RM, tetapi sya letak 200Euro dan 100usd di dalam beg dompet ni untuk kegunaan kecemasan dan sembunyikan di tmpat yang selamat. Kalau boleh dompet ni jgan keluarkan smpai kita berada di Malaysia.

***********************************************************************************

Serba sedikit perjalanan kami di sana,hangpa larat baca baguih laa..haha

13 JAN
- Seharian di Paris.
- Naik bas 42 dri Gare Du Nord ke Eifel Tower.
- Jalan2 area situ Arc de Triomphe,Champ Elysees,Opera de Paris Garnier dll.

14 JAN
- Sampai Brussel 8 pagi, cuaca hujan jadi pishangg la kt Brussel Central Station tu smpai 11 pagi.
- Kat Brussel letih sikit sebab dah tiga hari xmandi,rehat xckop nak check in pukol 4 petang, jadi kami jalan2 la area2 Brussel Central Station tu pegi Mall sambil cari kedai makan Halal nasib jumpa Hector Chicken, sedap pon sedap,murah pon murah.
- Lepas tu p Grote Markt (Grand Place) nk p ambk kunci rumah, host keja Hard Rock Cafe.
- Sampai2 rumah ja mandi teruih tidoq, xpenah lgi tidoq pkoi 7.30 mlam

15 JAN
- Bangun pagi terus basuh baju,seluar,stokin dll
- Sambil2 dok mkan tu Planning la nk meronda mna, tgk2 salji trun apalagi jakun la sat main salji kt luaq
- Pkoi 12 keluaq melawat Grand Place,Saint Michel Cathedral,Brussel Park dll
- OTW balik singgah pasaraya beli Nutella,Roti asyk makan maggi ja.
- Malamtu sembang2 dgan host pasai peluang pekerjaan sekitar europe ni,sembang pasai budaya Malaysia dgn budaya di eropah.

16 JAN
- Besiap2 pack barang, Bas pukoi 12 tgh hari
- Pukol 5ptg smpai Amsterdam
- Dari Amsterdam Centraal naik Sprinter nak p Beverwijk tempat penginapan kami.
- Sampai dekat pkoi 8 malam jgak sbb lost sbntar dengan salji lgi..perghhh

17 JAN
- Bangun pagi mcam biasa basuh baju,seluar,stokin dll..
- Pergi park area Beverwijk bole tahan ramai dia,penduduk sna peramah la jgak.
- Dari park tu jalan2 nak ke De Bazaar Beverwijk, luas btui area tu kdang2 mcm pusing 2-3 kali tmpt yg sama.
- P mkan kt Marmaris Halal Food Store, bole than la sedap dia,harga 4Euro mcm tu.
- Jalan2 cari pasaraya depa, heran btuii attraction kami kt europe ni kt pasaraya bkan bandar2 bersejarah..LOL

18 JAN
- Siap nak ke Amsterdam gerak pkoi 11.30 mcm tu.
- Sampai di sna Jalan2 p Canal of Amsterdam, I AMSTERDAM,Skinny Bridges,Rembrandt Square dll.. semua jalan kaki ja bole than jauh jgak la, demi nak save duit.
- Makan di Halal Food Store Amsterdam rancak la jgak murahhh

19 JAN
- Pack barang
- Sembang2 kt ruang tamu dengan host,berbincang soal lifestyle,culture di Holland.
- Petang kena gerak ke Amsterdam Centraal sbb nk OTW ke London pukol 9 mlam.

20 JAN
- 4 pagi naik P&O Ferries nak ke London ambk masa dekat 2 jam rasanya.
- Sampai di Victoria Station pukoi 8 Pagi, agak blank skit kt situ sbb London xdak dlam planning msa awal2 nk travel ni.
- Nak cari maps, orang London sni belagak skit,xdilayan nya kami..ptuihh..nasib baik information centre baik, bli Oyster Card 15 Pound bole guna utk 2 hari.
- Melepak kt Victoria Station agk lma jgak sbb nk cri Homestay,Hostel,Hotel area London.
- Akhirnya jmpa jgak Astor Hostel kalau ikut Tube kena turun dekat Bayswater, area situ rmai jgak Rakyat Malaysia mngkin sbb dekat dgn Malaysia Hall kot. Mudah nak cari mkanan Halal situ.
- Daftar hostel pukoi 11, bole check in pukoi 2.
- Tinggai Luggage, bersedia nak melawat London sempat lah cover Big Ben,London Eye,Tower Bridge,Trafalgar Square, Tower Of London, Picaddily Circus.
- Check in hostel pukoi 8 mlam, apa yang menarik kat Astor Hostel ni setiap 9 mlam ada event, mlam tu Pokers Night, jdi kami xdpat join xreti main..kalau ada lawan congkak ka,batu seremban ka, tuju kasut kompom2 kami join.haha

21 JAN
- Nak kena check out pukoi 10, Bas bertolak ke Koln,Germany pukoi 9 mlam nasib baik boleh tinggai Luggage lgi.
- Harini kami melawat Stadium ja, Emirates stadium,Stamford Bridge, White HArt lane tp WHL under construction xleh masuk sedihh btuii.
- Sambil melawat tu air mata menitis kami bukan fans kelab2 tersebut pun, dpt p tmpat rival pon jadi la.
- Lepas tu p KIng Cross Station tmpat Harry POtter dok naik kereta api dia, Platform 9 3/4
- P melawat Malaysia Hall dengan harapan kantin bkak dan makanan free,tgk2 tgh constuction..hmmm
- 8 Mlam di Victoria Station OTW nak ke Koln,German asai nak ke BErlin terus tpi Bus xdak direct sna,kena transit di Koln dlu.

22 JAN
- Sampai pukoi 9 pagi di Koln
- Planning apa attraction kt situ yg boleh p.
- Naik S-Bahn p Cologne Cathedral,Cologne Old Town xbanyak dpat kmi pusing area sni sbb nak p Sembahyang Jumaat.
- Sembahyang Jumaat di Koln,lepastu lepak sat kat Masjid tu, kat sana ramai orang2 tua mengaji kami dok lena,bt malu orang melayu ngn org muda ja..haha
- 10 Malam kami OTW ke Berlin.

23 JAN
- Pukoi 7.30 pagi smpai Berlin , Zentral Omnibus Bahnhof
- Cari rumah host, check in pkoi 9.
- Kat Berlin ni saya ada advantages sebab ada kenalan di sana merupakan jiran rumah dulu masa menetap di Berlin, jadi Tour kat situ kami save 7Euro untuk One Day Tiket di Berlin. Sebab pak cik Tirmizi ni belanja.hehe

24 JAN
- Siap2 p umah Pak Cik Tirmizi dia hidang macam2 makanan,makanan campuran Pakistan + German..kenyang bak hang.
- Naik bas di KuDamm, kami p Brandenburg Gate,Potszdammer PLatz,Berlin Cathedral,Berlin Victory Column, Alexander Platz, BErlin Wall Memorial,Berlin Televison Tower & Bundestag.
- Sampai ke malam berjalan,balik tu apa lagi cari pasaraya sana..beli 3 botoi besaq mineral sekali rasa ada gas,potonggg btoii.
- Malam boring, naik S-Bahn pusing2 turun kat schoneberg nak cari pizza jalan2 xjumpa pon makan Pizza Turkish ja.
- Balik malam tu host bawak balik member dia, host kami ni musician makna kata member dia pon musician jgak la power btoi rap maklomlah awang hitam la katakan. Siap pelawa kami p konsert lagi nasib baik kami duduk sna 2 hari ja, kalau x dah p dah..haha.

25 JAN
- Kami check out pukoi 8 pagi sebab flight pukoi 1 nak ke Paris balik.
- Keluar awai sebab nak p melawat sekolah lama Berlin International School,ingat nak jumpa kawan sekelas dulu tapi semua di luar kawasan. Nak jumpa guru kelas pun dah transfer international school lain. Xdak rezeki nak jumpa yang dapat jumpa pon dia unya receptionist dengan secretary ja, tu pun depa xingat dah. First Malaysian yang sekolah sana kot xkan xingat hampehh btuii..haha
- Dah sampai Airport Schinpol kami naik easyjet macam2 hal jugak la dia punya procedure terutama sekali luggage,kat bawah ni sya bgi tips skit psai luggage.
- Sampai di Airport Paris Orly pkoi 4 lebih, memishangg lah kami kat sana sat. Time tu mmg pokai gila aahhh, dok cari alternatif murah nak ke Airport CDG.
- Berhenti di Anthony, lepastu p Gare Du nord cari makan sat,rehat2 sat kat sana.
- Pukoi 10mlam mcm tu p CDG, nak cari hotel murah pon duit dah tinggai 2-3 euro ja.
- Terpaksa la tidoq kat Airport nasib baik xkena halau.

26 JAN
- Bangun pagi tu memishangg lah kami sampai pukoi 12.
- Pukoi 10 lebih tu ambik udara last kat paris,tukar baju lengan pendek,tukar pakai selipar sebab vietnam kan panas. Lepastu naik flight
- Masa dalam flight Kapten Pilot bagitau yang suhu di Hanoi 6 Degree dah dekat 40tahun dah vietnam xalami cuaca macam ni. MASAKKKKK lah kami.
- Sampai di Hanoi dengan muka selamba biawak, buat mcam xsejuk dengan berselipar dan berbaju lengan pendek. Orang tengok pelik aaa, kami maintain macho padahai sejuk nak mampuhhh. Dahla Transit 9 Jam nak keluar dari airport jaket apa semua xbawa,makanan halal pon xdak dlam airport tu. Dugaan btuii.
-Selamat sampai KLIA pukoi 8 malam.

Minta maaf kalau bahasa kami ni caca marba, maklumlah dua orang yg type artikel ni..part 2 nnti sya letak video kami kt sna dan ada cerita menarik masa kmi ad kt sna. Segala pertnyaan PM tepi sya atau fahmi pun bole.




BAJET TRAVEL : RM 4200KL-HO CHI MINH-PARIS-BRUSSEL-AMSTERDAM-LONDON-KOLN-BERLIN-PARIS-HANOI-KL[Part...

Posted by Mohamed Fitri Joewaini on Monday, February 8, 2016

Tiada ulasan:
Write ulasan