Sabtu, 13 Februari 2016

Awal Tak Berminat Berlakon Dengan Saya - Scha al-Yahya

Peminat Scha al-Yahya pastinya kini sudah kembali gembira kerana pelakon kegemaran mereka kini sudah kembali muncul di kaca televisyen. Ketika disoal oleh Utusan Malaysia sama ada dia mahu berlakon bersama suaminya, Awal Ashaari, Scha mempunyai jawapan tersendiri.

“Ramai juga yang tanya, tak mahu berlakon dengan Awal ke? Bukan saya tak nak, Awal yang tak mahu. Entahlah, dia lebih berminat menjadi pengacara program, jadi saya harus hormat pendiriannya”

“Kalau saya diberi peluang untuk mengacara dengan Awal, memang saya terima kerana bila bekerjasama dengan dia, dapatlah saya belajar kerana suami saya itu lebih mahir dalam bidang itu,” katanya.

Tambah Scha, ketika ini merupakan waktu yang sesuai baginya untuk meneruskan kerjayanya di dalam bidang lakonan kerana sebelum ini dia perlu menjaga Lara.

“Saya tidak kisah berlakon drama atau filem, janji skripnya menarik perhatian. Begitu juga kalau perlu tinggalkan Lara lama, semua itu boleh diatur kerana kalau saya di lokasi, Awal boleh jaga anak,” katanya

Tiada ulasan:
Write ulasan