"Allah, Allah, Macam Mana Ni", ujar Ustaz Kazim

KOTA BHARU - Jadual penceramah, Datuk Mohd Kazim Elias yang padat, selain memaksa beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenuhi jemputan, dipercayai menjadi punca beliau terpaksa di masukkan ke hospital baru-baru ini.

Biarpun jadual yang padat, Ustaz Kazim tetapi memenuhi setiap undangan yang diterima semata-mata ingin bertemu orang ramai tanpa pernah mengadu penat.

Menurut Pegawai Khasnya, Rafi Rahman, Ustaz Kazim tetap mahu meneruskan ceramahnya di perkarangan Pejabat Pertubuhan Kawasan Sri Gunong, Bachok kelmarin biarpun dia memang sudah kelihatan kurang sihat dan wajahnya pucat.

Tambah Rafi juga, Ustaz Kazim memang komited dengan urusan kerjanya biarpun terpaksa menahan kesakitan sebelum itu.

“Pagi ini (semalam), dia sudah boleh bercakap lebih jelas berbanding malam tadi (kelmarin) dan perkara yang diucapkannya, dia terkilan kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital pun dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Pada malam kelmarin, Malaysia dikejutkan dengan berita Ustaz Kazim dikejarkan ke HUSM selepas difahamkan terkena serangan jantung.

Dalam pada itu, doktor turut mengesahkan terdapat kesan luka di bahagian jantung ustaz Kazim.

0 comment... add one now