Jumaat, 26 Februari 2016

‘Adik Bagi Duit Je’ – Ingatkan Merayu Minta Duit Untuk Isi Minyak, Rupa-Rupanya…Geram!


Percaya atau tidak, sebenarnya orang kita ni memang cepat simpati dan suka tolong orang, walaupun random people yang tak dikenali yang minta tolong. Maklumlah, hari ni hari dia susah, esok lusa mana tahu hari kita pula kan.
Memang seronok dapat tolong orang, lagi-lagi sebab korang tahu jauh di sudut hati korang, pertolongan tu diberikan sebab korang ikhlas nak ringankan beban orang yang minta bantuan tu. Tapi, lain ceritanya dengan seorang student yang membantu seorang wanita yang tidak dikenali ni. Lepas hulurkan pertolongan, dia tak rasa happy, sebaliknya sedih dan kecewa pulak. Apakah yang terjadi sebenarnya?

Sister Tak Dikenali Ketuk Cermin Tingkap Kereta…

Ceritanya gini, aku baru shopping sikit barang dapur kat Econsave, lepas sumbat barang kat bonet aku masuk la dalam kereta. Kereta aku park kat basement. Sementara tu aku scroll la hp reply WhatsApp sebelum start enjin and jalan..
Tetiba ada sorang sister nie dalam rate umur 20 something datang ketuk cermin tingkap kereta aku. Muka akak tu memang kusut giler. Aku pun turunkanlah cermin tu and tanya…

“Akak Terpaksa Mintak Duit Adik!”

“Ye kak, kenapa?”
“Dik boleh tolong tak? Kereta akak kat depan Econsave habis minyak… Akak mintak tolong sangat-sangat… Akak sekarang nie memang tak ada duit langsung nak isi minyak…”
“Okey, sekarang ni akak nak saya isikan minyak ke macam mana kak? ” (aku agak blur seketika sebeb dia cakap laju bebenor..)
“Akak terpaksa mintak adik duit boleh? Minyak akak boleh isi sendiri… Nanti buat penat adik kena pergi isi pastu datang balik… Adik bagi duit je… Akak memang malu sangat nak mintak. Tadi dah cuba mintak kat orang lain… Tapi semua cakap tak ada duit” (dia nangis)

Nak Tolong… Tapi Duit Tinggal Sikit Je!


“Ooo.. Okey-okey, takpe-takpe… Betul nie tak nak saya tolong isikan minyak?”
“Betul dik… Takpe-takpe”
Aku check dompet. Glupp!… Tinggal tak sampai 20 ringgit… Sebab dah bayar tadi kat Econsave. Takpe, aku hulurkan 15 ringgit..
Dia pegang tangan aku. Erat.
“Terima kasih banyak-banyak dik.”
“Sama-sama kak… Maaf tak dapat t0long bagi banyak.”

Ingatkan Untuk Isi Minyak, Rupa-Rupanya…

Then, akak tu pergi aku pun keluar dari basement and buat u-turn kat depan Econsave.
Tetiba korang tau tak, aku nampak akak tu! Nak tau dia kat mana?
Dia dekat kaunter mainan depan shopping tu… Tengah bayar mainan untuk anak dia.
Aku tengok anak dia punya muka memang happy gilerr sambil peluk mainan tu… Anak dia rasanya around 5 tahun kot.

Please Don’t Do It Again!


Perasaan aku masa tu… Nak kata marah sebab kena tipu, or geram memang jauh sekali. Tapi aku rasa… Kesian and sedih…
Sampai macam tu sekali dia terpaksa merayu mintak kat orang duit untuk bayar harga mainan anak dia…
Kepada kakak tu (walaupun dia tak baca benda nie) , it’s okay kak… Aku halal kan duit tu… Tapi please don’t do it again… For the sake of your child.
Sumber: Facebook

Tiada ulasan:
Write ulasan