Isnin, 8 Februari 2016

Aaron Aziz Bengang Anaknya Difitnah Sedang Tenat

Pelakon terkenal Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa serta terkilan apabil ada pihak yang memfitnah anak bongsunya, Dahlia Arissa kini sedang bertarung nyawa.



Jelas Aaron,  sebagai seorang bapa berita palsu itu adalah satu perkara yang menyedihkan buatnya apabila ada pihak yang sewenang-wenangnya mempermainkan soal hidup dan mati seseorang.
Inilah yang akan berlaku apabila orang yang tak lulus zaman persekolahan dan nak cari publisiti murahan dengan membuat fitnah, salah anggapan atau apa sahaja kebodohan sampai berita begini boleh keluar. Tak kelakar. Tak gelak. Tak ada apa-apa yang baguslah dengan membuat-buat cerita palsu begini.Berita yang tersebar itu merupakan gambar Dahlia sewaktu ingin menjalani pembedahan. Perkara itu sudah lama berlaku iaitu pada tahun lalu. Sayangnya, mereka guna gambar itu, cakap takziah apa lah. 
Aaron kalau orang fitnah dia tak mengapa, dia boleh terima lagi, tapi bukan sehingga membabitkan anak-anak. Bapa mana yang tidak melenting jika ada orang buat fitnah pasal anak sendiri.
Walhal Dahlia sudah keluar sihat. Orang fitnah anak dia, itu yang dia rasa bengang. Padahal sekarang ini dia yang dimasukkan ke hospital.

Menurut isterinya Diyana Halik, berita palsu yang tersebar itu merupakan foto ketika Dahlia ingin menjalani satu pembedahan pada tahun lalu dan ia dimanfaatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita berkenaan.

Tiada ulasan:
Write ulasan