6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel

MarvelSelepas perkongsian saya berkenaan filem Deadpool minggu lepas, ada banyak maklum balas positif mengenai ‘Marvel Universe’. Jadi, kali ini saya akan berkongsi dengan lebih mendalam mengenai Marvel Universe ini. Trend filem superhero ini memang ‘buat duit’ kepada penerbit filem. Filem Avengers: Age Of Ultron sahaja membuat sekitar USD1.4 billion, tidak termasuk filem superhero Marvel yang lain lagi. Walt Disney Company (Ya, Disney beli Marvel pada tahun 2009) pasti gembira kerana investment yang dibuat mereka ketika membeli Marvel kini membuahkan hasil.
Ya, pada awalnya setiap watak superhero dalam dunia Marvel adalah berhubung kait antara satu sama lain. Mereka dihubungkan dalam satu rangkaian yang dipanggil ‘Marvel Universe’. Jika anda pengikut setia Marvel sejak dari komik lagi, anda pasti tahu bahawa setiap watak superhero Marvel bebas membuat cameo appearance antara satu sama lain.
Marvel Universe
Marvel Universe
Masalah timbul apabila ada superhero yang tidak lagi berada dalam Marvel Universe. Sejak tahun 1985, franchise filem superhero di offer kepada studio-studio besar seperti Sony Pictures, 20th Century Fox dan banyak lagi untuk memdapat duit pantas. Ini menyebabkan Marvel Universe kucar-kacir dan menjadi sebab utama kenapa ada watak-watak tidak dapat beraksi sesama sendiri dalam satu filem yang sama.
Spider-Man sebagai contoh adalah ahli Avengers tetapi beliau tidak dapat menyertai gengnya yang lain seperti Iron Man dan Thor dalam franchise filem Avengers kerana masalah copyright ini. Tetapi dalam satu perkembangan terbaru, Sony Pictures sudah bersedia untuk melepaskan Spider-Man kembali ke pangkuan Avengers.
"Welcome back to The Avengers, Spidey!"
“Welcome back to The Avengers, Spidey!”
Marvel hanya mampu melihat kejayaan franchise Spider-Man dan baru-baru ini, Deadpool. Setiap studio berpegang kuat pada franchise yang mereka beli kerana mereka tahu nilai setiap franchise ini sangat tinggi. Jadi, mari kita lihat senarai superhero yang dilepaskan oleh Marvel.

1. Spider-Man (Sony Pictures)

1. Spidey
Lapan tahun sebelum tercipanya Marvel Studios, Marvel menjual hak cipta Spider-Man kepada sony Pictures. Sejak itu, kejayaan demi kejayaan terhasil dari franchise Spiderman ini. Franchise filem Spider-Man dimulakan oleh pelakon Tobey Maguire namun Amazing Spider Man (dilakonkan oleh Andrew Garfield) sedikit kurang mendapat sambutan. Walaubagaimanapun, ianya tetap antara franchise filem superhero yang berjaya.
Baru-baru ini, satu perjanjian telah dibuat dengan Marvel di mana Spider-Man boleh kembali ke Marvel (Yeah!). Sony boleh terus membuat filem Spider-Man dan memilih sendiri pelakon untuk Spider-Man dan setiap studio (Marvel dan Sony) dapat menyimpan kutipan jualan karya Spider-Man yang mereka buat. Setelah melihat teaser terbaru filem Captain America: Civil War, kelibat Spider-Man masih tidak kelihatan. Mungkin Spider-Man akan muncul dalam filem Marvel yang lain. Kemungkinan besar dalam Avengers.

2. The Fantastic Four (20th Century Fox)

2. F4
20th Century Fox mempunyai harapan yang tinggi untuk filem The Fantastic Four memberi pulangan yang besar kepada studio itu. Tetapi nampaknya setakat ini The Fantastic Four masih tidak membuahkan hasil walaupun Fantastic Four yang pertama dilakonkan oleh pelakon terkenal Jessica Alba dan Chris Evans (Chris sekarang ini menggalas tugas menjadi Captain America).
Tahun 2015, Fox membuat reboot siri ini pada tahun 2015 namun ianya tetap juga tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun, Fox sudah membuat sekuel untuk The Fantastic Four ini yang akan keluar pada tahun 2017 dengan harapan sekuel ini akan membawa kejayaan. Perjanjian Fantastic Four ini agak pelik kerana apabila sebarang watak baru muncul dalam siri komik The Fantastic Four, watak itu akan terus menjadi hak milik 20th Century Fox. Jadi ada sumber menyatakan pelukis komik The Fantastic Four dilarang mencipta watak baru bagi siri itu disebabkan oleh perjanjian ini.

3. X-Men (20th Century Fox)

3. Xmen
Bagi saya, inilah franchise paling hebat yang dijual Marvel kepada 20th Century Fox. Wolverine adalah antara watak paling prominent dan paling terkenal dalam siri X-Men. Jadi ianya satu kehilangan besar dalam Marvel Universe tanpa Wolverine. Filem X-Men yang pertama pada tahun 2000, arahan Bryan Singer adalah filem yang memulakan trend filem superhero ini. Seperti biasa, perjanjian berkenaan X-Men ini juga pelik. Fox secara mutlak memiliki hak perkataan ‘mutant’. Dan dengan ini, mereka mempunyai hak dengan semua karakter X-Men (kerana kesemua mereka mutant) dan beberapa watak Marvel yang lain. Marvel pula mempunyai hak untuk semua watak The Avengers. Jadi dua watak ini, Quiksilver dan Scarlet Witch diberi pelepasan oleh Fox untuk digunakan dalam filem Avengers: Age Of Ultron.
Tetapi disebabkan perkataan mutant adalah hak milik Fox, asal usul Quiksiver dan Scarlett Witch perlu diubahsuai oleh Marvel. Pada asalnya mereka adalah mutant anak didik Magneto, tetapi dalam filem Age Of Ultron, kedua mereka adalah mangsa eksperimen Hydra. Jadi disebabkan itu Quiksilver dalam filem Age Of Ultron dan X-Men: Days Of The Past sangat berlainan. Personally, saya lebih suka Quiksilver dalam filem X-Men. Lebih cool.

4. Namor (Universal Pictures)

5. Namor
Namor adalah antara watak Marvel Universe paling lama. Dikenali juga sebagai The Sub-Mariner, Namor telah wujud sejak tahun 1939. Namor juga adalah tandingan kepada watak DC Comics, Aquaman yang kini sedang dalam proses pengambaran.
Sebenarnya Namor tidak dimiliki secara total oleh Universal mahupun Marvel. Ada kontrak yang tidak lengkap mengenai siapa pemilik sah hak cipta Namor ini. Universal dan Marvel perlu menyelesaikan masalah ini supaya Sub-Mariner juga berpeluang untuk mendapat filemnya sendiri.

5. Silver Surfer (20th Century Fox)

5. SS
Alien dari angkasa ini membuat penampilan pertama dalam filem The Fantastic Four: The Rise Of Silver Surfer. Peranan Silver Surfer sebenarnya lebih besar dan wataknya tidak boleh tamat setakat dalam filem Fantastic Four ini sahaja.
Mengikut satu laporan, pada tahun 2012, Marvel Studios dilaporkan menghantar satu perjanjian kepada Fox untuk membuat pertukaran watak Daredevil untuk Silver Surfer. Jika ianya menjadi kenyataan, Silver Surfer mungkin boleh muncul dalam franchise filem Guadians Of The Galaxy atau mana-mana filem Marvel yang lain. Marvel nampak potensi yang besar dalam watak Silver Surfer ini.

6. Deadpool (20th Century Fox)

6. Deadpool
Kejayaan franchise ini sudah boleh dijangka kerana watak Deadpool sendiri yang tidak serius dan gila-gila. Peminat komik sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemunculan awal Deadpool dalam filem X-Men: Origins Wolverine. Wataknya sangat kecil dan tidak memadai. 20th Century Fox sedar akan kemampuan sebenar Deadpool dan memberi filem stand-alone kepada Deadpool. Ryan Reynolds kembali memegang watak Deadpool dan dilakonkan dengan baik oleh Ryan. Fox sudah mengesahkan sekuel untuk filem ini dan kemungkinan besar untuk Deadpool muncul dalam Franchise X-Men satu hari nanti juga sangat tinggi.
Dalam versi komik, Deadpool dan Spiderman adalah kawan baik. Untuk melihat mereka dalam satu filem adalah sangat mustahil kerana faktor perbezaan hak milik. Jadi peminat hanya boleh berimaginasi tentang gandingan ini buat masa ini.
Itulah serba sedikit penjelasan berkenaan isu Marvel Universe ini. Ini adalah penjelasan secara general dan kemungkinan ada lagi watak yang menjadi masalah hak milik terhadap Marvel. Jika Marvel mahu mengembalikan keseimbangan dalam Marvel Universe, Marvel perlu membeli hak milik kesemua wataknya kembali. Ianya nampak mustahil kerana setiap studio ingin memegang hak milik franchise mereka dengan baik. Anda juga boleh lihat diagram di bawah untuk memudahkan anda memahami Marvel Universe yang sekarang ini. Enjoy!1200

0 comment... add one now