Jumaat, 29 Januari 2016

Selepas Jumpa Kawan Sekolah Lama, Isteri Minta Cerai Dari Salih Yaacob, Ketidakadilan Menjadi Punca Perpisahan

Nampaknya kini terdapat satu kekosongan lagi buat wanita di luar sana untuk menjadi isteri Salih Yaacob apabila pelawak dan juga pelakon popular ini mengakui sudah pun bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad selepas Aidilfitri tahun lalu.

“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka”

“Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya. Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk”

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” katanya.

Selain itu, menurut Salih, masalah mula timbul apabila Nor Raha pergi majlis perjumpaan semula dengan rakan sekolahnya malah dia juga tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga. Apa pun, semoga Salih Yaacob tabah dalam menghadapi dugaan rumahtangga.

Salih dan bekas isterinya itu telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan 5 anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu. Sementara itu, tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.

Tiada ulasan:
Write ulasan