Selepas Di Kutuk teruk Warna Rambut Keemaasan, Indah Ruhaila Tukar Warna Ungu

Pernah memberitahu warna blonde itu hanya sementara sahaja, Indah kini tampil dengan warna rambut terbaru iaitu ungu gelap.
Saya sempat berambut keemasan untuk dua hari saja. Rambut saya kini berwarna ungu gelap selepas proses melunturkan tona rambut asal bagi mendapatkan hasil terbaik.
Meskipun ada menerima kritikan ramai kerana berambut blonde tempoh hari, Indah bagaimanapun tidak menyesal menggayakan warna rambut tersebut pada malam AL 30.

Saya tidak kesal hadir ke AJL30 dengan imej rambut keemasan, walaupun sedar risiko dan reaksi orang ramai.
Ungu atau blonde tidak kisahlah, meskipun ramai tidak suka ia tetap terpulang pada tuan empunya badan. Jika Indah rasa selesa dengan imej terkini teruskan sahaja.

0 comment... add one now