Saya Takkan Balik Rumah Selagi Awak Tak Berubah - Si Suami

Kisah ini telah dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew di laman facebook miliknya, disini kami siarkan semula untuk tatapan pembaca agar dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, InsyaAllah.

Hargailah isteri yang mengandung, bersalin, menyusukan anak-anak kita, dan setia dan sedia menerima kita sebagai suami dengan cinta..


Seorang suami jumpa saya dan tengah marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus. Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.

Saya kata padanya saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak..Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah…

Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka… Selepas itu kena terus menyusukan anak. Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan , semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit..

Anak keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan..itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya..Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita…menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan..

Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka. Ini rumah dan keluarga kita. Bersma-sama membantu. Itulah Islam..

Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.

Hidup ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takperlah kurnag sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya. Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya..

Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz…
Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW

0 comment... add one now