“Reunion Sekolah Runtuhkan Rumah Tangga Saya” - Salih Yaacob

Nampaknya kini terdapat satu kekosongan lagi buat wanita di luar sana untuk menjadi isteri Salih Yaacob apabila pelawak dan juga pelakon popular ini mengakui sudah pun bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad selepas Aidilfitri tahun lalu.

“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita”

“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia”

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik”

“Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” ,” katanya kepada Utusan Malaysia.

0 comment... add one now