Ahad, 31 Januari 2016

NIEZAM ZAIDI REZEKI MURAH KELUAR MIG

Bulan Mac tahun lalu, pelakon kelahiran MIG, Niezam Zaidi yang terkenal menerusi filem dan drama, Highland Tower, Budak Pailang, Longkai, Diandra, Pada Suatu Cinta Dahulu, Dewi Lasak, Dia Suamiku dan Mencintaimu telah menyatakan pendiriannya untuk keluar dari syarikat tersebut.

Niezam nekad membuat keputusan itu untuk melebarkan sayapnya dengan produksi lain demi masa depannya.

"Kebanyakkan filem-filem saya dari MIG jadi saya tak ada masa untuk berlakon dengan produksi lain. Itu antara sebab saya keluar dari MIG.

"Tiga bulan pertama memang agak sukar tapi selepas itu, alhamdulilah perjalanan seni saya dipermudahkan. Banyak drama-drama yang saya berlakon dan terbaru adalah Inikah Cinta yang akan ditayangkan di TV3," jelasnya.

Pun begitu Niezam memberitahu dia dan bekas majikannya, David Teo, tidak ada masalah.

"Kami masih berhubung dan bila bertemu, David akan ajak saya join semula MIG. Tapi saya kata, nanti dululah. Akan suatu masa andai saya tak boleh uruskan diri sendiri, mungkin akan join semula MIG," katanya.

Niezam turut jelaskan rezekinya murah dan selesa bergerak secara solo.

"Alhamdulilah, rezeki ada dan paling penting saya dapat jumpa lebih ramai orang dan semakin bertambah contact.  Itu yang paling utama bagi saya," katanya lagi.

Niezam berkata begitu ketika ditemui di majlis pelancaran drama Inikah Cinta yang mana Niezam sebagai hero. Heroinnya pula pelakon baru Farah Nabilla.

Tiada ulasan:
Write ulasan