Jumaat, 29 Januari 2016

Maya Matahari Sah Bercerai

Sebelum ini, pelakon dan juga penyanyi Maya Matahari pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan suami, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz tidak duduk serumah dan baru-baru ini melalui Berita Harian, Maya menjelaskan dia sudah bercerai talak satu pada 17 Ogos tahun lalu.

“Apabila kisah artis bercerai disajikan bersilih ganti, ada pula pihak yang melihat ia seperti aliran semasa. Inilah yang menjadi antara alasan saya berdiam diri sebelum mengumpul kekuatan merungkai kebenaran yang sudah tertulis,” katanya.

Selain melihatkan komen pedas individu luar di laman sosial yang membuatkan dia terkesan, pada masa yang sama ibunya juga berdepan masalah kesihatan membuatkan dia mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai kisah rumahtangganya itu dan memendam perasaan.

Tiada ulasan:
Write ulasan