Sabtu, 30 Januari 2016

'Korang Semua Kena Tolong Aku ! Aku Dah Penat Berlakon Macam Tak Ada Apa Berlaku, Hakikatnya...'

Bapak aku tengok PORN


Korang, korang semua kena tolong aku. Aku dah taktau nak buat macam mana. Aku dah penat. Aku dah penat berlakon macam takde apa apa berlaku tapi hakikatnya hm. Bapak aku tak perfect macam bapak orang lain. Bapak aku banyak sangat masalah dia. Dari tak solatnya, main nombor ekor, makan makanan haram, curang, tengok porn macam macam lah. Dan yang peliknya, semua benda jahat yang bapak aku buat, mesti aku orang first yang tau.


Macam yang aku cakap kat atas. Bapak aku tengok porn. Aku dah tau benda ni lama dah, dah nak dekat tiga tahun. Dulu rumah kitorang takde wifi, tapi sejak pasang wifi and dah ada laptop kat rumah, bapak aku jadi lain macam. Aku dapat tau ni pun sebab aku selalu check history internet and aku Nampak la site pornography yang bapak aku visit. Aku tak terkejut lepas tau, yelah bapak aku tu memang banyak masalah tapi aku sedih wey. Kenapa jadi macam ni? Kenapa bapak aku perangai macam ni? Kenapa bapak aku tak insaf insaf? Kenapa? Aku dah penat la, aku menyampah, aku meluat, aku bosan dah dengan semua ni. Aku nak nasihatkan bapak aku tapi aku taktau nak buat macam mana. Aku takut. Aku taknak bagitau mak aku, aku taknak mak aku sedih, menangis. Mak aku dah banyak dah keluar air mata sebab bapak aku. Sejak aku tau bapak aku tengok porno, aku jadi tak selesa duduk dekat dia. Aku takut dia imaginasi aku. Bila bapak aku nak mesra mesra cubit pipi aku pun aku takut. Sumpah aku takut. Aku takut jadi apa apa kat aku. Setiap kali aku balik rumah, aku selalu check phone ayah aku, dan ya, dia still lagi tengok porn. Aku takut, aku penat. Dah tiga tahun aku pendam sorang sorang masalah ni. Aku taktau nak buat macam mana.


Bapak aku banyak sangat kekurangan dia, kalau aku listkan semua boleh jadi novel dah ni haaa. Yang aku cerita ni baru satu je. Bapak aku memang la teruk. Tapi dalam teruk teruk dia, dia doakan aku berjaya dalam exam, dia call aku setiap hari tanya khabar. Tapi tu lah kan. Korang, please tolong aku. Aku taktau nak buat macam mana. Aku dah penat. Aku nak luahkan kat kawan aku tapi aku malu. Ayah aku teruk. Teruk sangat. Aku taknak bagitau mak aku, aku taknak dia sedih, menangis. Dekat Allah je aku doa hari hari. Korang tolong aku please. Aku takut nanti kat akhirat bila aku ditakdirkan masuk syurga tapi Allah tak bagi aku masuk sbb aku tak nasihatkan bapak aku. Aku tau dia buat dosa tapi aku diamkan diri. Tolong aku please aku taktau nak buat macam mana dengan ayah aku :’( :’(.


- taknak jadi anak derhaka

Tiada ulasan:
Write ulasan