Rabu, 27 Januari 2016

'Korang Nak Kerja Apa Selepas Grad?'

Pertanyaan ini saya tujukan kepada abang-abang dan kakak-kakak yang mahu menyambung master pada tahun ini.

Tujuan artikel ini bukan untuk menakut-nakutkan atau melemahkan semangat anda. Saya cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai pelajar master di sebuah IPTA pada 4 tahun lalu (hujung 2012).

Saya mengambil master dalam bidang kejuruteraan pertanian dan membuat sedikit kajian mengenai sisa-sisa tanaman. Saya berjaya menghasilkan satu jurnal Q1, satu jurnal proceeding dan dua artikel yang disiarkan dalam majalah tempatan.

Selain itu, saya juga terlibat dalam projek sampingan yang melibatkan pemprosesan makanan dan menghasilkan dua jurnal proceeding untuk conference. Saya pernah masuk dalam suratkhabar berikutan kejayaan dalam menangani isu sisa bahan buangan di ladang tanaman. Saya berjaya grad pada tahun lalu, 2015 selepas viva saya pada bulan puasa (hujung bulan Jun), Alhamdulillah.

Apa isunya? Baiklah, saya sedikit kecewa disebabkan saya grad pada tahun ekonomi yang tidak menentu. Di saat-saat pekerja Petronas Cari Gali dibuang atau gaji dikurangkan, saya masih bergelut untuk mencari kerja. Di saat banyak pekerjaan atau kerja kosong dibekukan lantaran ekonomi yang semakin parah.

Apa yang merisaukan ialah, lambakan pelajar master di negara ini semakin bertambah. Ditambah lagi dengan lambakan pelajar coursework dan mix mode yang bertebaran di pelusuk Malaysia yang masih menganggur seperti saya.

Saya masih ingat, sewaktu saya belajar 4 tahun lalu, kawan-kawan saya yang grad sewaktu ijazah mula mencari kejra. Dua tahun selepas itu, kehidupanan mereka mula stabil dan ada yang sudah berkahwin, bertunang dan bakal berkahwin. Mereka berada dalam keadaan zon selesa di mana pada waktu itu saya pula berhempas pulas membuat kajian, menyiapkan thesis serta bergelut dengan masalah kewangan.

Pada waktu sekarang, saya yakin keadaan mereka semakin selesa, membina keluarga, membina kerjaya. Saya? Ya saya, duit simpanan saya telah habis digunakan untuk segulung ijazah. Akaun bank saya pula hanya kosong sen dan tiada pekerjaan yang stabil.

Buat masa ini, saya hanya membantu ibu saudara menjual nasi di kampung dan mengajar kelas tambahan pada hujung minggu. Berpuluh-puluh resume telah dihantar melalui e-mel dan pos tetapi tiada respon.

Baik, nasihat saya kepada adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak yang ingin mendaftar menjadi pelajar postfrad terutamanya master, fikirkan dahulu. Adakah anda mampu untuk menghadapi masalah kewangan, keluarga, kerjaya? Anda boleh sambung belajar jika anda tergolong dalam salah satu dari 5 perkara ini:
Anda berasal dari keluarga kaya yang mana keluarga, suami atau isteri boleh support. Duit bukan masalah besar.
Supervisor ada geran, boleh support at least 2 tahun untuk kajian.
Tidak memikirkan kerja dan hanya mementingkan ilmu semata-mata.
Tiada bebanan PTPTN semasa belajar degree. Jika ada, anda sudah mula membayar hutang itu secara beransur-ansur dan anda sudah bekerjaya.
Mendapat tawaran SLAB/SLAI/TAM/Biasiswa dari universiti.

Jika anda tergolong salah satu dari 5 perkara di atas, maka anda bolehlah sambung belajar dan saya ucapkan selamat berjaya.

Rezeki kadang-kadang berbeza untuk setiap orang. Saya percaya yang ini. Saya redha dengan apa yang akan berlaku selepas ini. Doakan saya kawan-kawan dan doakan juga untuk pendidikan negara kita. Moga Allah memberkati anda semua.

333 days after first thesis submission for viva
210 days since I have passed the viva
87 days after my convocation
26 days since the beginning of 2016
No job since..
Still counting the day.

Tiada ulasan:
Write ulasan