Gambar Uqasha Seksi Nampak Peha Bercuti Di Thailand Tersebar Bersama Iqram Dinzly

Jika sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan pernah terlihat Uqasha Senrose ke kelab malam hanya dengan bertopi namun pelakon ini menafikan perkara tersebut. Bagaimanapun melalui ruangan Desas Desus tulisan Raja Nurfatimah Mawar dalam akhbar sisipan Berita Harian iaitu B*Pop baru-baru ini, Uqasha kini berdepan penjelasan untuk peminat dan juga media.

Melalui kiriman gambar tersebut, selain Uqasha dan adik beradiknya yang lain, terdapat gambar pelakon tersebut bersama Iqram Dinzly ketika bercuti bersama di Koh Lipe, sebuah pulau peranginan di Thailand ketika sambutan tahun baru di sana. Selain itu, gambar yang dikirim juga melihatkan Uqasha tampil tidak bertudung selain berpakain menjolok mata sehingga menampakkan pusat.
Uqasha Senrose Tampil Seksi, Bercuti Bersama Iqram Dinzly?
Jika diingat kembali sebelum ini, Iqram sendiri menyatakan bahawa mereka hanya berkawan biasa selain menganggap Uqasha seperti adik kerana jarak usia di antara mereka. Mungkin juga mereka terserempak di sana, manalah kita tahu, bukan?

Apa pun, bukan sahaja media, namun peminat juga pasti ternanti-natikan jawapan dari Uqasha sendiri. Bagaimanapun, setiap manusia juga ada peluang untuk memperbaiki diri, setuju?

0 comment... add one now