Dr Fathul Bari Perjelas “Wajib Taat PM Walau Dia Curi Harta Rakyat”

DR FATHUL Bari Mat Jahya menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan “wajib taat Perdana Menteri walaupun dia mencuri harta rakyat”, sepertimana diviralkan di media sosial.

Menerusi Facebook dan laman web Dr Fathul berkata, dia tidak pernah menyebut seperti itu di mana-mana kuliah dan ceramah yang pernah dihadiri seumur hidupnya.

Jika dilihat secara adil di posting yang turut disertakan video kuliahnya, Dr Fathul mengatakan apa yang ingin disampaikan jauh tersasar daripada apa yang viral.

Page Facebook Mahathir The Legend sebelum ini mengeluarkan gambar Dr Fathul bersama kenyataan berbunyi, “Ini serious. Jangan kutuk Najib. Nanti ampa tak masuk syurga. Ingat. Kalau nak masuk syurga kena dapat syafaat dari Najib. So tulislah ramai ramai di wall masing masing I LOVE PM walau kita tahu dia penyamun paling tarbus nescaya AKAN MASUK SYURGA. Fatwa dari Wahab Bee Enterprise. Boleh bagi ticket free ke syurga. Tajaan 1mdb. Di jamin PMO. Cam hareeeem….bila dah kantoi mencuri dan dan bok kluaq faktwa apa bala yellow semua. Agama tanpa segan silu jadi mainan.”

Berikut adalah kenyataan penuh penafian Dr Fathul berkenaan dakwaan di atas:

“Komen DFB adalah bersifat umum dan pendirian kami dalam isu seumpama ini adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكرَهَ إِلا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَإِنْ أَمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ

“Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau dia benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila dia menyuruh untuk melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” [Hadis Riwayat Muslim, no: 3423. al-Tirmidzi, no: 1629]

Admin ingin menasihati mereka-mereka yang memfitnah supaya menghentikan fitnah tersebut dan bertaubatlah kepada Allah.

Admin juga mencabar mereka yang memfitnah supaya membawa bukti yang DFB pernah menyebut ayat sebegitu yang bertujuan memburukkan Perdana Menteri.

Admin mohon semua supaya memeriksa dahulu informasi yang diterima sebelum mempercayainya kerana berita dari sumber fasiq dan munafiq tidak boleh dijadikan tuduhan dan hujah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat:6].

Untuk memudahkan lagi anda memeriksa info yang diterima berkaitan berita ini, admin telah menyenaraikan rakaman dari pihak kami sendiri bagi setiap isu berkaitan pemerintahan yang sempat admin rakamkan selama DFB berkuliah dan berceramah.

Senarai ini hanya untuk video rakaman terpilih berkaitan isu ‘pemerintahan’ sahaja dan admin yakin anda semua tidak akan menjumpai ayat batil yang telah viral di media sosial itu dari mana-mana video rakaman yang disenaraikan mahupun yang tidak disenaraikan.

Video rakaman DFB keseluruhannya boleh ditonton di empat pautan ini sahaja:

Sumber 1 | Sumber 2 | Sumber 3 | Sumber 4 (rujuk link ini)

Nilaikan dengan adil dan kami mendoakan mereka yang memfitnah agar kembali ke pangkal jalan.

Allahua’lam.

-Admin DFB

0 comment... add one now