Isnin, 1 Februari 2016

Bukan Jaminan Hidup Lebh Baik ada Anak - Mizz Nina

Sudah menjadi kebiasaan orang kita, asal sudah kahwin saja mesti mahu tanya pasal bila pula dapat anak. Tidak mahu terlalu memikirkan sangat perkara berkenaan, Mizz Nina dan juga Noh percaya kepada ketentuan Tuhan mengenai perkara tersebut.


“Saya percaya Allah itu perancang terbaik dalam hidup kita. Dia paling tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita tak faham, kadang kadang apa yang kita nak tak semestinya terbaik untuk kita”

“Serahkan padaNya. Kalau Dia mahu kurniakan sesuatu kepada saya, Alhamdulillah. Jika bukan rezeki… saya reda. Saya tak mahu terlalu memikirkan soal ini hingga menjadi tekanan dan beban. Setiap manusia di muka bumi ini ada ujian dan cabaran tersendiri”

“Sama saja, sama ada kita ada anak, hidup solo atau sudah berkahwin, ia bukan jaminan yang hidup kita akan jadi lebih baik daripada sebelumnya. Semuanya terpulang kepada bagaimana kita bertakwa kepada-Nya,” jelas Mizz Nina kepada BH Plus.

Apa pun, semoga Mizz Nina dan juga suami tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Apakan daya untuk menghalang orang bertanya, hati terluka, simpan sendiri saja. Eh.

Tiada ulasan:
Write ulasan