Rabu, 27 Januari 2016

BR1M 2016 Akan Dibayar Mulai Esok

PUTRAJAYA, 27 Jan - Pembayaran bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan bermula esok.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah, pemberian BR1M 2016 bagi kategori isi rumah dan warga emas akan diagihkan dengan empat peringkat setahun bermula esok, 28 April, 23 Jun dan 28 Sept.

Manakala, bagi kategori bujang pula, bantuan RM400 akan dimasukkan sekaligus mulai esok.

"Ini (pemberian BR1M) bagi memastikan penerima dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan lebih baik khususnya dalam membeli barangan keperluan dapur," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Tiada ulasan:
Write ulasan