BM Dah ‘Outdated’ – Sindiran Pedas Lelaki India Ini Untuk Golongan Yang Kecam Bahasa Melayu

Kalau diperhatikan zaman sekarang penggunaan Bahasa Inggeris memang sudah imun di mana-mana industri. Tidak kira sektor awam mahupun swasta, bahkan bahasa tersebut sudah menjadi bahasa harian digunakan masyarakat masa kini.
Namun, apabila Bahasa Melayu di beri keutamaan di sekolah, ada segelintir pihak yang mengecam perlaksanaan tersebut kerana dianggap ‘outdated’. Agak memalukan apabila seorang lelaki berbangsa India yang memberi kenyataan tentang isu tersebut.

Di India, bahasa kebangsaan mereka adalah Hindi



Di India, bahasa kebangsaan mereka adalah Hindi...
Tamil Nadu adalah satu negeri di dalam negara India dan penduduk majoriti di sini adalah berbangsa Tamil..Bahasa ibunda dan bahasa yang disanjung mereka adalah bahasa Tamil..
Namun, Hindi tidak diperlekehkan dan adalah satu matapelajaran wajib di peringkat sekolah..
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsan negara kita iaitu Malaysia..
Namun, golongan yang naik berang bila dasar sekolah 1 aliran ingin dilaksanakan, mengadu bila bahasa Malaysia diberi keutamaan..
Menurut golongan ni, BM dah 'outdated' dan usaha belajar BM adalah satu usaha yang bazir masa dan sia-sia..
Look..Tiada siapa yang 'stop' you daripada mahir dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin..
Yang buat orang bengang pada golongan ini adalah cara mereka memperlekehkan Bahasa Melayu..
Golongan ni harus faham bahasa kebangsaan bukan dibelajari untuk masuk Harvard...Bahasa kebangsaan mencerminkan identiti kita sebagai rakyat bumi ini..Fungsi bahasa kebangsaan adalah mirip fungsi bendera, jata dan Perlembagaan negara ni...Simbol dan identiti negara Malaysia..
Ingat semua di Tamil Nadu belajar Hindi sebab nak jadi Shah Rukh Khan ke?
Belajar sebab sayangkan India..
Di sini pula, suruh belajar BM, kata tak mau..Suruh balik negara asal, mereka tuduh kita Hitler..Nak duduk Malaysia, nikmati kemakmuran ehsan hasil bumi tapi kau segan dan malu untuk sekadar memahami bahasa kebangsaan bumi? Very nice lah your logic..
Sepatutnya kalau buku-buku ilmiah dalam BM agak terhad dan membantut pencarian ilmu, kita yang sepatutnya terjemahkan buku ilmiah daripada bahasa asing kepada bahasa kebangsaan..Bukan guna perkara ni sebagai alasan untuk 'gugurkan' sesuatu identit yang sudah sebati dengan Malaysia..
Status Bahasa Melayu dalam Perlembagaan, Parlimen dan semua institusi serta urusan rasmi yang lain tidak harus diubah..
Tiada kompromi..Sepatutnya, soal sebegini tak harus timbul pun!

0 comment... add one now