Isnin, 1 Februari 2016

Bekas Isteri Salih Yaacob Nafi Reunion Punca Penceraian

Jika sebelum ini pengakuan Salih Yaacob yang tidak menolak punca penceraiannya bersama isteri kedua, Nor Raha Hamad adalah berpunca daripada majlis reunion sekolah, baru-baru ini melalui akhbar Kosmo!, Raha menafikan perkara tersebut.



“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya”

“Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” katanya dipetik dari Kosmo!

Tambah Raha, dia mula berjumpa dengan suami barunya adalah selepas daripada dia diceraikan oleh Salih selain dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan reunion mahupun kehadiran orang ketiga.

“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai”

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” jelasnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan