Akim pilih cincin lima permata untuk Stacy

AKIM (kanan) memilih cincin campuran emas putih dan kuning bertakhtakan lima permata di sekelilingnya buat Stacy. - Foto Instagram
AKIM (kanan) memilih cincin campuran emas putih dan kuning bertakhtakan lima permata di sekelilingnya buat Stacy. – Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Cincin campuran emas putih dan kuning bertakhtakan lima permata di sekelilingnya menjadi pilihan penyanyi, Akim Ahmad, 25, buat tunangnya, Stacy.
Vokalis kumpulan The Majistret itu menjelaskan, beliau memilih cincin lima permata itu bagi melambangkan kepentingan solat lima waktu yang menjadi tiang agama.
“Cincin pilihan saya ini adalah kejutan buat Stacy kerana coraknya yang berbeza dari kebiasaan. Ringkas saja bentuknya namun memberi erti yang mendalam.
“Corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan kami nanti. Rapuhnya tiang agama itu nanti mampu menggoyahkan rumahtangga.
“Saya berharap Stacy suka dengan cincin yang dipilih dan memahami maksud tersirat di sebalik pemilihan tanda cinta kami itu,” katanya kepada BH Online.
Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad turut meluahkan rasa teruja menerima tajaan cincin oleh pihak Rings and Bands itu pada saat akhir.

0 comment... add one now